Toggle top modules
Muka Utama
Program JUARA RAKYAT Selamat Dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO
Written by Administrator   
Saturday, 09 January 2010

 

 

Pagi tadi Program UMNO JUARA RAKYAT telah selamat dirasmikan oleh YAB Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia dihadapan puluhan ribu pemimpin, ahli-ahli UMNO dan rakyat di Hulu Selangor, Selangor. 

Turut serta dalam majlis adalan para pemimpin dan penyokong parti –parti komponen Barisan Nasional.  Ini menunjukkan persefahaman yang sedia terjalin dalam BN adalah kukuh dan akan terus diperkuatkan lagi melalui program-program dan aktiviti-aktivi UMNO-BN JUARA RAKYAT peringkat Negeri serta Bahagian dan Cawangan.

Antara intipati ucapan YAB Dato’ Seri Mohd Najib menjelaskan bahawa:-

  1. Program JUARA RAKYAT membuktikan UMNO-BN memang sentiasa bekerja untuk rakyat dan kerja-kerja tersebut akan terus dipergiatkan lagi disetiap peringkat kepimpinan.

  2. UMNO-BN akan terus berjuang membangunkan bangsa dan kepentingan Melayu yang kini terkebelakang dalam banyak perkara namun tidak akan mengenepikan kepentingan kaum lain.

  3. UMNO bukan parti ‘racist’ kerana sejak dari usaha mencapai kemerdekaan, kaum-kaum lain telah diundang untuk turut serta melalui gabungan UMNO-MCA-MIC yang dikenali sebagai PERIKATAN dan seterusnya penubuhan BARISAN NASIONAL selepas peristiwa 13 Mei 1969.

  4. UMNO-BN menginsafi  isyarat rakyat terhadapnya pada PRU-12 yang lepas dan akan sentiasa bersama dan  memperbaiki khidmat kepada rakyat melalui pelbagai program supaya UMNO- terus memahami ‘dengut nadi rakyat’ dan rakyat pula terus menyokongnya untuk memimpin negara dan rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

  5. Para pemimpin UMNO-BN diingatkan jangan bersifat mengabaikan rakyat.  Berbuat baiklah dengan rakyat.

  6. YAB Presiden UMNO juga mengutuk perbuatan membakar gereja dan meminta pihak polis membawa mereka yang bersalah kemuka pengadilan.  Beliau juga meminta semua pihak mengormati Islam sebagai agama rasmi negara tidak mengganggu gugat kesejerahtaan dan keselamatan negara.
  7. YAB Presiden UMNO meminta para pemimpin dan ahli-ahli UMNO bekerja kuat berjuang untuk membela agama, bangsa, rakyat dan membangun negara

Para peserta gerai yang mempamerkanpelbagai hasil pertanian dan IKS juga nampaknya sentiasa tersenyum dengan kedatang pembeli yang memberi barangan ataupun mendengar taklimat.  Itu adalah satu usaha yang sangat baik dipihak UMNO-BN kearah meningkatkan ekonomi rakyat.

Kami di www.teras-umno.com mengharapkan Program JUARA RAKYAT ini akan menyemarakkan lagi semangat dan gerak kerja UMNO di Malaysia serta Selangor, khususnya.   Dengan kerja kuat, komitmen, perjuangan dan izin Allah, UMNO akan berjaya memenngambil balik negeri-negeri yang jatuh kepihak lain dalam pilihanraya PRU-13 yang akan datang. Selamat berjuang dan berjaya!

Kami di www.teras-umno.com juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang dipengerusikan oleh YB. Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri di JPM, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, UMNO Selangor, UMNO Bahagian Hulu Selangor serta seluruh jentera dan pihak yang telibat memberi sokongan.

 
PKR BERKECERAMUK: AHLI-AHLI KELUAR PARTI
Written by Administrator   
Friday, 08 January 2010

 

 

YAB Khalid Ibrahim terpaksa lantik YB Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor sebab YB Teresa Kok yang telah ulang-alik ke luar negara tetapi tidak juga bawa pelabur yang boleh dibanggakan sehingga tak ada berita.  YB Elizbeth Wong pun tak dapat bawa pelabur dari US yang dia rapat.

KemudianYAB  Khalid dinasihati untuk menjadi Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana YBK ada projek sekolah dan hartanah.  Cerita mudahnya, ambilalih YBK lah tu...  Dengar khabar dah ramai yang tertunggu-tunggu hendak jadi Pengarah-Pengarah YBK dan anak-anak syarikatnya.

Kemudian ramailah ahli-ahli PKR yang mula keluar parti atau tidak aktif lagi.  Ada pula yang berani masuk UMNO.  Mereka kata PKR tak buat kerja cakap banyak sahaja.  Maka jurucakap seperti YB Elizabeth Wong dan lain-lainya termasuk Shamsul Iskandar Mohd Akin pun melenting-lenting mencabar dan hendak megusir UMNO-BN. 

Apa ke tidaknya, gambar aktiviti YB-YB Negeri Selangor yang menjurus kepada pembangunan ekonomi memang hampir tak ada.  YB Anwar Ibrahim pula asyik nak melawat dan melawat seluruh Selangor tetapi ceramah pasal Perak – banyak duit orang Selangor habis.  Bagi bantuan pun duit ‘Kerajaan’ dan zakat.  Fikir-fikirkanlah!

Ramai juga yang tertanya-tanya siapa sebenarnya yang berkuasa sebagai Menteri Besar Selangor.  YAB Khalid Ibrahim memang dialah MB, YB Azmin Ali macam juga MB, YB Anwar Ibrahim melawat kawasan lebih banyak dari MB dan nasib ekonomi selangor seakan-akan ditangannya sebab YAB Khalid Ibrahim telah gagal membangun ekonomi Selangor semenjak 2008 hingga hari ini.

Shamsul Iskandar pula  masa isu ‘Allah hendak diguna Bukan Islam’ diam membisu.  Tetapi semalam dia terpaksa kata ‘ahli-ahli AMK yang hendak hadir perhimpunan membantah, pergilah.  AMK negeri masing-masing buat keputusan’.  Lemah betul orang ini bila berdepan dengan isu yang benar-benar besar.

Semalam pula Salehuddin Hashim pula letak jawatan Setiausaha PKR.  Apa boleh buat sudah tidak berupaya hendak nasihat YB Anwar Ibrahim, YAB Khalid Ibrahim, YB Azmin Ali dan yang lain-lain.  Mungkin juga dia marah pendirian PAS dan PKR hal ‘Allah hendak diguna Bukan Islam’... tengok gambar dia macam orang tengah marah je..

Apapun esok Pelancaran Program JUARA RAKYAT di Hulu Selangor akan menggegarkan Selangor.  Kalau selepas itu ada pilihanraya kita tengoklah, rasanya Parlimen Hulu Selangor boleh dapat ke BN balik.

Lagi satu terjaja diseluruh Selangor angin-angin berita Kerajaan Negeri Selangor kekurangan wang untuk melaksanakan pentadbiran.  Betul ke tidak tu mereka kena jawab.  Pertama awal tahun 2009 dulu kata hasil pasir patut dapat lebih RM100 juta.  Banyak tu.. tapi dengarnya yang jadi duit hanya RM20 juta lebih sikit...  Kemana perginya wang pasir itu?.  Patut buat penyiasatan terperinci...

Akhirnya YB Hassan Ali pula kata PAS Selangor tidak sokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.  Macam nak kukuhkan bukti untuk dia dipecat dari PAS.   YB Khalid Samad tentu dah tunggu hendak jadi YDP PAS Selangor yang baru.. Kesihan orang Shah Alam dan Selangor ni dek kerenah YB Khalid Samad.  Tidak tahu kalau dia ‘rayu lagi tauliah dari JAIS’...

 
MAT SABU SUDAH TAK ADA MODAL
Written by Administrator   
Friday, 08 January 2010

 

Haji Mohamad Sabu, AJK PAS cuba untuk mengguna kebolehannya berbicara dengan menukar tajuk isu terkini dengan cadangan-cadangannya.

Kalau PAS dan PKR sudah sokong mereka apa lagi yang hendak dibincang dengan mereka?  Mungkin nak bentangkan pada mereka “we support your effort”.  Terpulanglah...

 
MAT SABU SUDAH TAK ADA MODAL
Written by Administrator   
Friday, 08 January 2010

 

Haji Mohamad Sabu, AJK PAS cuba untuk mengguna kebolehannya berbicara dengan menukar tajuk isu terkini dengan cadangan-cadangannya.

Kalau PAS dan PKR sudah sokong mereka apa lagi yang hendak dibincang dengan mereka?  Mungkin nak bentangkan pada mereka “we support your effort”.  Terpulanglah...

 
ADAKAH SOKONGAN PAS DAN PKR TERANCANG ATAU MEMANG BARU BUAT KEPUTUSAN?
Written by Administrator   
Thursday, 07 January 2010

 

Jelas dan terang peristiwa getir penghakiman yang membenarkan kalimah suci Allah digunakan oleh bukan Islam benar-benar menusuk jiwa dan perasaan saya dan majoriti umat Islam di Malaysia.

Pertama, saya menghargai dan mengucapkan syabas kepada  pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta semua orang Islam umum tua dan muda yang dianggap ‘kurang ilmu dan amalan agamanya’ yang bangun menentang perkara tersebut dengan penuh yakin melalui ‘perkumpulan kecil’ dan menghantar memorandum.  Mereka inilah yang menjadikan UMNO kembali dihargai oleh rakyat pada hari ini. 

Petang semalam saya tersentuh hati apabila beberapa orang yang saya baru sahaja temui memberikan sokongan positif kepada UMNO yang menolak kalimah suci Allah digunakan oleh orang bukan Islam.  Pada mereka PAS dan PKR memang tidak boleh diharapkan lagi... 

Pada hemat saya inilah ketikanya Biro Agama UMNO digerakkan semula dengan penuh keyakinan kerana apa yang kita UMNO buat itu sentiasa untuk mempertahankan dan meninggikan syiar Islam dan membangunkan umat Islam diMalaysia.  Biarlah musuh-musuh politik gelakkan kita tetapi dengan niat ikhlas, insyaAllah kita akan berjaya.

Bergeraklah supaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNOmembanjiri surau-surau dan masjid-masjid.  Jadilah Imam dan ahli-ahli Jamaah yang bertanggungjawab.  Jadilah pemimpin pasukan Marhaban, pasukan Silat, pasukan Yassin, pasukan Khidmat Kenduri Kendara dan sebagainya. Juarailah hati jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai, ahli-ahli Khariah, penduduk sekampung, penduduk setaman, penduduk se DUN dan penduduk se Parlimen.  Itulah sebahagian dari program ‘JUARA RAKYAT’.

Kedua, saya kecewa melihat pakar-pakar Islam dari institusi-institusi pengajian tinggi biasa dan juga berteraskan Islam tetapi hampir semuanya/kebanyakannya berdiam diri dan lari dari memberi pandangan atau membahaskan perkara ini.  Apa sudah jadi dengan mereka?  Adakah mereka setuju dengan penghakiman itu ataupun tidak bersetuju tetapi tidak ada lagi keupayaan untuk maju berhadapan dengan realiliti dalam perjuangan?  Bagaimana agaknya mereka mahu mengajar atau menjelaskan kepada siswazah mereka sendiri.

Ketiga, peguam-peguam Islam yang hebat bercakap tentang Islam juga kebanyakannya membisu kaku dan ada yang menyindir UMNO dalam menangani isu ini.  Siapa mereka itu? Mengapa mereka jadi begitu?  Ternyata lagak mereka lesu.  Lagak peguam pihak sana begitu garang dan tegas dengan kehendak mereka.  Peguam kerajaan yang diketuai oleh Tan Sri Ghani Patail nampak tenang menguasai keadaan.

Parti PAS dan PKR telah menjelaskan pendirian mereka terhadap isu besar yang menyerang umat Islam Malaysia.  Pada hemat saya pendirian mereka tidak tepat dan merupakan suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan terhadap perjuangan Islam di Malaysia.  Terpulang kepada pengikut-pengikut mereka untuk menentukan pandangan masing-masing.  Terpulang juga kepada para pemimpin parti-parti tersebut yang tidak menyokong pendirian parti untuk terus kekal ataupun keluar parti demi maruah diri, perjuangan dan Islam.  Jangan hanya menyata menentang keputusan parti tetapi tetap dengan parti mereka.

Sebagai penganalisa politik, saya juga terfikir adakah pendirian mereka itu baru sahaja diambil dalam sehari dua ini atau memang telah dipadu sejak sebelum PRU Ke-12 yang lalu? Mereka kena menjelaskan dan menjawab pertanyaan ini.

UMNO dan kerajaan (sebagai ulil amri) sedang menjalankan tugas mempertahankan dan memastikan Islam terus terjunjung tinggi kesuciannya dan Malaysia sentiasa mendapat petunjuk, rahmat dan baraqah dari Allah SWT.

Setiap umat Islam diMalaysia yang waras dan bernafas dengan kalimah Allah semestinya bergerak meningkatkan ibadah dan keimanan diri dan keluarga serta tanggungan masing-masing melalui dakwah dan amal Islami yang padu.  InsyaAllah, pertahanan secara jamaah ini akan dapat menghalang penyusupan unsur-unsur negatif yang melemahkan umat dan negara kita.

Kita tidak mahu umat Islam berkeceramuk dan menjadi semakin lemah.  Kita mesti menjadi semakin kuat untuk menghadapi serangan ini.

Sehubungan dengan itu juga setiap umat Islam diMalaysia mesti juga berdoa semoga rayuan nanti akan membuahkan kemenangan.

Teruskan perjuangan – Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah berikanlah kami petuntuk, rahmat dan keberkatan serta kemenangan dunia dan akhirat dalam perjuangan ini. Amin.

 

 
UMNO Bersendirian Berjuang Menolak Penggunaan Kalimah Suci Allah Oleh Bukan Islam
Written by Administrator   
Tuesday, 05 January 2010

 

Kenyataan-kenyataan parti PAS dan PKR yang menerima keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah suci Allah oleh gereja (bukan Islam) membuktikan bahawa kedua-dua parti itu memang tidak mahu berbuat apa-apa dan akan menerima juga apa sahaja akibatnya kepada umat Islam dan negara.

Kini tanggungjawab yang sedang digalas oleh UMNO ini terpaksalah dibuat bersendirian.  Kita bersendirian dalam perjuangan ini.  Walaupun begitu itu janganlah gentar kerana usaha kita ini InsyaAllah akan mendapat rahmat dan bantuan dari Allah sehingga kita berjaya di dunia dan akhirat.

Demi kebaikan kesucian agama Islam dan kebaikan ummah masa kini dan kehadapan serta negara Malaysia yang aman sentosa yang sentiasa mendapat perlindungan Allah, perjuangan ini mesti diteruskan dengan pelbagai kaedah yang munasabah, hikmah dan bijaksana.

Selamat berjuang.

 
Seorang Lagi Ulamak PAS Mengaku Penyokong Usaha Kristian
Written by Administrator   
Tuesday, 05 January 2010

 

Entah apa yang telah menyerang PAS.  Hari ini Ahlijawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengaku menerima dan menyokong kalimah suci Allah digunakan oleh Kristian dan bukan Islam.

Begitulah golongan yang katanya berjuang untuk menjadikan negara Islam menurut definasi mereka.  Kini semangat dan matlamat mereka sebenar telah terbongkar.  Bukan hendak membina negara Islam tetapi bersekongkol dengan pihak yang mahu merampas kalimah suci Allah.  Mereka ini pengkhianat kepada seluruh umat Islam negara.

Mereka tidak kisah nasihat Datuk Harun Din yang menyatakan bahawa menerima keputusan mahkamah itu boleh membawa kepada kekufuran.

Semoga perjuangan UMNO dan umat Islam Malaysia yang waras mendapat petunjuk, rahmat dan kejayaan dari Allah SWT.

 

 
Mengapa Ulamak Menyokong Usaha Kristian?
Written by Administrator   
Monday, 04 January 2010

 

Nampak jelas terdapat individu bergelar ulamak seperti Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan yang lain-lain lagi yang masih lagi berselindung terhadap sokongan mereka kalimah suci Allah digunakan oleh bukan Islam.

Adakah mereka-mereka ini kumpulan Islam  yang  memberikan semangat kepada pihak Kristian untuk memfailkan kes ini ke Mahkamah?  Siapakah mereka itu?

Kita bertanya dan mengharapkan ada jawapannya. 

 
Mahfuz Omar Menyokong Penggunaan Kalimah Suci Allah Oleh Bukan Islam
Written by Administrator   
Monday, 04 January 2010

 

Tembelang pemimpin PAS YB. Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang menyokong usaha Kristian untuk menggunakan kalimah suci Allah telah terbongkar. 

Dalam artikel yang disiarkan di The Malaysian Insider  dia telah menyalahkan UMNO dan Kerajaan yang kini sedang berusaha habis-habisan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah suci Allah oleh bukan Islam.

Apa yang beliau sarankan? 

Mahfuz also urged Muslims to remain calm, adding that their concern should also be addressed by formulating a guideline on the use of the word ‘Allah’.

“Most importantly, all Islamic institutions must strengthen their dakwah work to all Muslims to avoid the confusion that may be caused by the use of the word Allah’

 

‘(Manhfuz menyarankan orang-orang Islam bertenang, dan menambah bahawa keresahan mereka boleh dihilangkan dengan membuat garispanduan tentang penggunaan kalimah Allah.

Terpenting, semua institusi Islam mesti meningkatkan kerja dakwah kepada semua orang Islam untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku akibat penggunaan kalimah Allah)’

Tidak ada satu ayatpun yang mengatakan dia sedih atau PAS sedih dengan apa yang berlaku.  Lagaknya dia dan PAS semacam menyokong usaha Kristian itu.

Itulah hakikatnya bila orang Islam sendiri dari parti PAS telah menyokong usaha Kristian yang secara terang dan halus berusaha memusnahkan Islam di Malaysia.  Nyata perjuangan mereka dan PAS telah jauh dari apa yang mereka laungkan.

Rakan karib PAS yang diketahui umum iaitu NGO Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia  (JIM) pula melalui Presidennya Zaid Kamarudin menyarankan ‘semua pihak wajar membolehkan bidang perundangan menjalankan peranannya yang diperuntukkan di bawah dalam undang-undang.’.  Hairan JIM yang biasanya kedepan lantang dalam apa sahaja isu telah tergamam lemah longlai dalam isu ini.

Kepada UMNO, teruskan usaha mengmbalikan hak kalimah Allah kepada kita dan perjuangan menjunjung Islam dan membangunkan orang Islam serta seluruh rakyat Malaysia.

 

 
TRAGEDI: BANGUN TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH SUCI ALLAH OLEH BUKAN ISLAM
Written by Administrator   
Monday, 04 January 2010

 

Umat Islam di Malaysia telah dilanda tsunami dan penghinaan pada  31 Desember 2009 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Law Bee Lan memutuskan  membenarkan akhbar Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya.

UMNO melalui kerajaan yang diamanahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah gagal mempertahankan halangan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam sejak kehadiran Islam di Tanah Melayu kerana telah ada orang Islam (termasuk pemimpin-pemimpin PAS) telah menyokong usaha Kristian itu.

Tragedi ini sangat menyayat hati umat Islam kerana ianya merupakan serangan terang-terangan terhadap umat Islam Malaysia (mereka mahu mendakyahkan umat Islam Malaysia secara besar-besaran) yang mereka telah gagal selama ini termasuk semasa mereka menjajah kita.

 Umat Islam yang waras sungguh kesal dengan peranan para pemimpin PAS dan PAS yang telah digunakan sebagai batu loncatan.  Peranan YB. Khalid Samad dan YAB Nik Aziz Nik Mat sebenarnya sangat besar kepada kejayaan usaha Kristian tersebut.  Pada hemat kami itu adalah satu pengkhianatan kepada umat Islam di Malaysia.  Tindakan mereka dan PAS sebenarnya kearah memusnahkan Islam seperti yang sedang berlaku di Indonesia.  Datuk Mohd Daud Iraqi orang kuat PAS begitu pengecut untuk komen dan bertindak membetul keadaan tetapi menyalahkan kerajaan.  Itulah kepandaian mereka.  Menyalahkan kerajaan sedangkan merekalah yang melakukan pengkhianatan untuk mendapatkan undi politik.

UMNO mesti bertindak cepat dengan mendesak Kerajaan melakukan rayuan secepat mungkin dan meminta mahkamah menghalang perlaksanaan keputusan itu.   Pada hemat kami keputusan Hakim adalah tidak tepat dan tidak menepati  maksud dan semangat Perlembagaan Malaysia serta tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa.

UMNO juga sama ada PEMUDA, WANITA, PUTERI DAN BIRO AGAMA ISLAM mesti melakukan semua yang boleh dilakukan seperti  DEMO, RESOLUSI dan sebagainya untuk menunjukkan bantahan besar-besaran diseluruh negara.

 

 
PAS Silap Besar Dengan Sumpah Taklik Talak Tiga
Written by Administrator   
Tuesday, 10 November 2009

PAS terbukti silap besar dengan pelaksanaan Sumpah Taklik Talak Terhadap Calon-Calon YB mereka.  Mereka sebenarnya sentiasa dalam ketakutan.  Hari ini YB-YB PAS ada yang mengakui dan ada yang berdalih.  Itulah sifat mereka bila sudah terdesak dan melakukan kesalahan dalam pelaksanaan hukum Islam dalam penghidupan.


Mereka tidak boleh dipercayai untuk melaksanakan hukum-hukum lebih besar.  Mengutuk UMNO dalam Ceramah-Ceramah di masjid-masjid dan surau-surau bolehlah.  Lebih dari itu mereka sebenarnya bingung.  Ustaz-Ustaz mereka termasuk yang belajar di universiti –universiti dan kolej-kolej Kerajaan hilang pertimbangan dan gagal menegur kesalahan yang dibuat oleh PAS.


Bandingkan dengan UMNO yang sedang giat mengkaji untuk menambahbaik perlaksanaan undang-undang keluarga Islam dan apa sahaja perundangan yang berkait dengan Islam.  Usaha UMNO-Kerajaan secara berterusan sejak sebelum Merdeka lagi inilah yang menghasilkan orang-orang Islam yang baik, sederhana perwatakan dan berusaha keras untuk pembangunan dunia dan akhirat.  Malaysia kini menjadi peneraju Kewangan Islam, Pendidikan Islam dan sebagainya.  UMNO juga setiap hari memberi pekerjaan dan meningkatkan syiar Islam dengan pembinaan Masjid-Masjid dan Surau-Surau diseluruh negara.  Perlaksanaan J-QAF juga insyaAllah akan mengukuhkan lagi iman dan pekerti anak-anak kita diseluruh negara.


Kami di www.teras-umno.com menyeru rakyat memberi sokongan penuh kepada UMNO dan Kerajaan dalam mempertingkatkan perlaksanaan Perundangan Islam.  


Tinggalkan PAS yang berkeceramuk dan bergaduh sesama pemimpin mereka.  YAB Datuk Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sendiri pun menegaskan kepada YB-YB DAP-PKR-PAS bahawa UMNO tidak mempermainkan isu agama di Selangor.  Apa yang berlaku adalah kelemahan YB-YB PAS-PKR dan DAP sendiri.  Takkan YAB Khalid Ibrahim nak masuk UMNO?  Rasanya beliau hanya menyatakan kebenaran.



 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>